Seperti mana maklum, kita disediakan satu parking lot untuk setiap unit kediaman. Jadi bagi yg mempunyai lebih dari satu kereta (terutama yg menyewa beramai-ramai) tentunya menghadapi masalah parking. Tetapi inilah realitinya kalau memilih kediaman berbentuk apartment ini. Sekarang Blok D masih banyak unit yg belum berpenghuni, mungkin belum terasa sesak di tempat parking. Tetapi kalau boleh kita janganlah parking di lot2 unit lain dan juga di laluan masuk ke dalam blok. Terutamanya di hari hujung minggu kerana ada jiran-jiran baru akan berpindah masuk dan juga kadang-kala ada penghantaran perabot. Jadi tepuk dada tanya selera.
Sunday, July 26, 2009
Parking Lot
Posted by Bangi Idaman at 6:49:00 PM 0 comments
Labels: KONGSI
Saturday, July 25, 2009
H1N1 / Influenza A / Selsema Babi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Bersama ini saya sertakan link untuk info berkenaan H1N1.
http://h1n1.moh.gov.my/index.php
Prevention is better than cure
Posted by Bangi Idaman at 7:19:00 PM 0 comments
Friday, July 24, 2009
BILA HUJAN
Minggu ini tak silap 2-3 hari hujan sebelum Subuh...lebat pulak tu. Saya berharap rakan-rakan di Bangi Idaman pastikan tingkap rumah ditutup dengan rapat....nak elak tempias. nampaknya pintu2 bilik kalau tak diletak stopper (penyendal) maka berdentam-dentum la gamaknya.
Saya masih mencari peluang dan ruang untuk kita bersua...diri sendiri masih belum berjaya utk menyertai apa2 aktiviti. Terlepas juga mesyuarat JK Surau tak silap sebulan lepas.Wahhhh...sungguh saya gagal menjadi jiran.
Saya masih tertunggu-tunggu jiran baru di aras 9. Di atas ini, hanya unit2 hujung sudah berpenghuni. Saya dah berkesempatan bertegur dengan Linda dan seorg lagi (maaf...tak bertanya nama pun tapi tahu puan study di Fakulti Kejuruteraan UPM). Sekali-sekali bertembung dalam lif ketika berkejaran ke pejabat, sempat senyum saja.
Kepada yg sudi...hantar saja posting anda ke alamat emel bangi.idaman@gmail.com Saya akan update at least 2 hari sekali.Topiknya?Terpulanglah...kita kan sudah bijak menilai.
Sekian.
p/s : Salam kepada penghuni D-5-8. Abang anda tinggalkan komen dalam blog ini.
Posted by Bangi Idaman at 12:33:00 PM 0 comments
Labels: rumah kita