BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 24, 2009

BILA HUJAN

Minggu ini tak silap 2-3 hari hujan sebelum Subuh...lebat pulak tu. Saya berharap rakan-rakan di Bangi Idaman pastikan tingkap rumah ditutup dengan rapat....nak elak tempias. nampaknya pintu2 bilik kalau tak diletak stopper (penyendal) maka berdentam-dentum la gamaknya.

Saya masih mencari peluang dan ruang untuk kita bersua...diri sendiri masih belum berjaya utk menyertai apa2 aktiviti. Terlepas juga mesyuarat JK Surau tak silap sebulan lepas.Wahhhh...sungguh saya gagal menjadi jiran.

Saya masih tertunggu-tunggu jiran baru di aras 9. Di atas ini, hanya unit2 hujung sudah berpenghuni. Saya dah berkesempatan bertegur dengan Linda dan seorg lagi (maaf...tak bertanya nama pun tapi tahu puan study di Fakulti Kejuruteraan UPM). Sekali-sekali bertembung dalam lif ketika berkejaran ke pejabat, sempat senyum saja.

Kepada yg sudi...hantar saja posting anda ke alamat emel bangi.idaman@gmail.com Saya akan update at least 2 hari sekali.Topiknya?Terpulanglah...kita kan sudah bijak menilai.

Sekian.

p/s : Salam kepada penghuni D-5-8. Abang anda tinggalkan komen dalam blog ini.

0 comments: