BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 31, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN ke-52


GAMBAR KLASIK MERDEKA


NEGARAKU

Friday, August 28, 2009

:: BAZAR RAMADHAN ::

(STICKY MODE ENTRY) - Scroll down for other posts.

Jadi anda masih tercari-cari mana nak beli juadah? So ini adalah antara Bazar Ramadhan di kawasan kita.

1. Terminal Hentian Kajang
2. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi (berhampiran Bank Islam Bandar Baru Bangi)
3. Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi
4. West Country (Jalan Reko)
5. Taman Seri Serdang

Ini antara yg saya familiar.

SELAMAT BERPUASA

Monday, August 17, 2009

RAMADHAN

Firman Allah Taala:


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.


"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (1)


Firman-Nya lagi:


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..


"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ". (2)


Untuk rujukan dan panduan lebih lanjut, layari http://www.islam.gov.my

SALAM RAMADHAN

Sunday, August 16, 2009

KONGSI PETUA

Membersihkan bulu binatang dan rambut di lantai.
Hantar Pesanan PeribadiHubungi dengan E-mailKomen ?Simpan Petua Dan Tip ini ke dalam Kotak Petua Dan Tip sayaHantar Petua Dan Tip Ini Kepada Kawan
Ambil kertas suratkhabar dan basahkan dengan sedikit air.Koyak dan taburkan di atas lantai yang di penuhi rambut dan bulu.Sapu suratkhabar tadi dengan cara mengherengkan penyapu.Helaian rambut dan bulu binatang akan terlekat pada kertas cerai suratkhabar dengan mudah.


Mengembalikan seri peti telivisyen
Hantar Pesanan PeribadiHubungi dengan E-mailKomen ?Simpan Petua Dan Tip ini ke dalam Kotak Petua Dan Tip sayaHantar Petua Dan Tip Ini Kepada Kawan

Tuang sedikit minyak bayi,pada sehelai kain lembut,kemudian gosok sekeliling peti perlahan-lahan dan pastikan minyak tidak meleleh.


Permukaan permaidani kembali segar
Hantar Pesanan PeribadiHubungi dengan E-mailKomen ?Simpan Petua Dan Tip ini ke dalam Kotak Petua Dan Tip sayaHantar Petua Dan Tip Ini Kepada Kawan
Pada lazimnya permaidani yang telah lama di gunakan akan tengelam kerana sering di pijak.Bagi mengembalikan semula keadaan asal,anda hanya cuma perlukan sekeping wang syiling satu sen.larikkan tepi wang syiling di atas permukaan yang terbenam.Lakukan berulang kali,pasti permukaan yeng tengelam akan timbul semula.

Lebih banyak petua dan tips berguna dalam http://www.e-keluarga.com

Thursday, August 6, 2009

TIPS ELAK RAGUT - CEGAH SEBELUM KENA

PILIHAN BEG ELAK RAGUT

Beg kecil

Gantung di lengan dan digenggam

  • Tiada risiko.

  • Peragut berpendapat kandungannya tidak banyak.

Beg tali panjang

Digalas pada bahu

  • Risiko diragut tinggi.

  • Risiko kecederaan rendah.

  • Menjadi kegemaran peragut kerana senang diragut. Peragut sekadar perlu menguis tali beg yang digalas pada bahu lalu menyambar.

  • Untuk beg tali panjang, anda tidak digalakkan menggalas secara bersilang.

  • Risiko kecederaan adalah tinggi sekiranya diragut. Mangsa mungkin akan ditarik dengan tenaga peragut yang kuat sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mungkin terhantuk kepala.

Beg tali pendek

Digalas dan dikepit dengan tangan

  • Risiko diragut rendah.

  • Risiko kecederaan tinggi.

  • Bukan pilihan peragut kerana sukar diragut. Untuk meragut, peragut akan menggunakan kekerasan seperti menyerang mangsa sebelum menarik beg dari tangan mangsa ketika mangsa dalam kesakitan.

  • Peragut mungkin bertindak agresif menggunakan pisau atau parang untuk memotong tali beg yang digalas. Tindakan itu akan mencederakan mangsa kerana pisau dilibas secara rambang.

AMARAN

Tidak kira jenis beg, penunggang motosikal tidak digalakkan meletakkan beg dalam bakul. Peragut mungkin menyambar ketika kenderaan dalam keadaan berhenti dan kalau lebih agresif, peragut mungkin menendang atau menolak mangsa jatuh sebelum meragut beg itu.

LIMA TIPS

1 ELAK RISIKO

Elak daripada menggalas beg tangan sekiranya tiada keperluan. Tahu risiko beg tali panjang dan beg tali pendek.

2 PECAH RISIKO

Jangan simpan semua dalam satu beg. Asingkan dokumen penting kepada beberapa bahagian lain. Gunakan poket pada baju atau seluar. Sekiranya diragut, anda tidak kehilangan semua barang berharga sekali gus.

3 PINDAH RISIKO

Jangan menonjol diri dengan pemakaian barang kemas atau penggunaan beg berjenama. Dengan kata lain, anda perlu mengelak daripada dilihat seperti seorang mangsa. Ia boleh mengalihkan perhatian peragut terhadap mangsa yang lain.

4 ANGGARKAN RISIKO

Sentiasa berwaspada terhadap keadaan kawasan sekeliling. Jangan hilang fokus sehingga menghidangkan peluang untuk peragut bertindak.

5 INSURANS

Insurans diri anda. Terdapat sebuah syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan khas untuk wanita sekiranya menjadi mangsa jenayah. Premium ditawarkan adalah serendah Rm10 setahun.

Sumber: Utusan Malaysia, 7 Mei 2009