PILIHAN BEG ELAK RAGUT
Beg kecil
Gantung di lengan dan digenggam
Tiada risiko.
Peragut berpendapat kandungannya tidak banyak.
Beg tali panjang
Digalas pada bahu
Risiko diragut tinggi.
Risiko kecederaan rendah.
Menjadi kegemaran peragut kerana senang diragut. Peragut sekadar perlu menguis tali beg yang digalas pada bahu lalu menyambar.
Untuk beg tali panjang, anda tidak digalakkan menggalas secara bersilang.
Risiko kecederaan adalah tinggi sekiranya diragut. Mangsa mungkin akan ditarik dengan tenaga peragut yang kuat sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mungkin terhantuk kepala.
Beg tali pendek
Digalas dan dikepit dengan tangan
Risiko diragut rendah.
Risiko kecederaan tinggi.
Bukan pilihan peragut kerana sukar diragut. Untuk meragut, peragut akan menggunakan kekerasan seperti menyerang mangsa sebelum menarik beg dari tangan mangsa ketika mangsa dalam kesakitan.
Peragut mungkin bertindak agresif menggunakan pisau atau parang untuk memotong tali beg yang digalas. Tindakan itu akan mencederakan mangsa kerana pisau dilibas secara rambang.
AMARAN
Tidak kira jenis beg, penunggang motosikal tidak digalakkan meletakkan beg dalam bakul. Peragut mungkin menyambar ketika kenderaan dalam keadaan berhenti dan kalau lebih agresif, peragut mungkin menendang atau menolak mangsa jatuh sebelum meragut beg itu.
LIMA TIPS
1 ELAK RISIKO
Elak daripada menggalas beg tangan sekiranya tiada keperluan. Tahu risiko beg tali panjang dan beg tali pendek.
2 PECAH RISIKO
Jangan simpan semua dalam satu beg. Asingkan dokumen penting kepada beberapa bahagian lain. Gunakan poket pada baju atau seluar. Sekiranya diragut, anda tidak kehilangan semua barang berharga sekali gus.
3 PINDAH RISIKO
Jangan menonjol diri dengan pemakaian barang kemas atau penggunaan beg berjenama. Dengan kata lain, anda perlu mengelak daripada dilihat seperti seorang mangsa. Ia boleh mengalihkan perhatian peragut terhadap mangsa yang lain.
4 ANGGARKAN RISIKO
Sentiasa berwaspada terhadap keadaan kawasan sekeliling. Jangan hilang fokus sehingga menghidangkan peluang untuk peragut bertindak.
Insurans diri anda. Terdapat sebuah syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan khas untuk wanita sekiranya menjadi mangsa jenayah. Premium ditawarkan adalah serendah Rm10 setahun.
Sumber: Utusan Malaysia, 7 Mei 2009
0 comments:
Post a Comment