Sunday, September 13, 2009
Friday, September 4, 2009
SELAMAT SAHUR
SELAMAT SAHUR KEPADA WARGA BANGI IDAMAN
Posted by Bangi Idaman at 4:26:00 AM 0 comments
Labels: KONGSI
Monday, August 31, 2009
Friday, August 28, 2009
:: BAZAR RAMADHAN ::
Posted by Bangi Idaman at 5:11:00 AM 0 comments
Labels: KONGSI
Monday, August 17, 2009
RAMADHAN
Firman Allah Taala: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ. "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (1) Firman-Nya lagi: شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ .. "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. ". (2)
Posted by Bangi Idaman at 10:43:00 PM 3 comments
Sunday, August 16, 2009
KONGSI PETUA
Membersihkan bulu binatang dan rambut di lantai. Ambil kertas suratkhabar dan basahkan dengan sedikit air.Koyak dan taburkan di atas lantai yang di penuhi rambut dan bulu.Sapu suratkhabar tadi dengan cara mengherengkan penyapu.Helaian rambut dan bulu binatang akan terlekat pada kertas cerai suratkhabar dengan mudah.
| ||
|
| ||
|
Posted by Bangi Idaman at 11:42:00 PM 0 comments
Thursday, August 6, 2009
TIPS ELAK RAGUT - CEGAH SEBELUM KENA
Beg kecil Gantung di lengan dan digenggam Tiada risiko. Peragut berpendapat kandungannya tidak banyak. Beg tali panjang Digalas pada bahu Risiko diragut tinggi. Risiko kecederaan rendah. Menjadi kegemaran peragut kerana senang diragut. Peragut sekadar perlu menguis tali beg yang digalas pada bahu lalu menyambar. Untuk beg tali panjang, anda tidak digalakkan menggalas secara bersilang. Risiko kecederaan adalah tinggi sekiranya diragut. Mangsa mungkin akan ditarik dengan tenaga peragut yang kuat sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mungkin terhantuk kepala. Beg tali pendek Digalas dan dikepit dengan tangan Risiko diragut rendah. Risiko kecederaan tinggi. Bukan pilihan peragut kerana sukar diragut. Untuk meragut, peragut akan menggunakan kekerasan seperti menyerang mangsa sebelum menarik beg dari tangan mangsa ketika mangsa dalam kesakitan. Peragut mungkin bertindak agresif menggunakan pisau atau parang untuk memotong tali beg yang digalas. Tindakan itu akan mencederakan mangsa kerana pisau dilibas secara rambang. AMARAN Tidak kira jenis beg, penunggang motosikal tidak digalakkan meletakkan beg dalam bakul. Peragut mungkin menyambar ketika kenderaan dalam keadaan berhenti dan kalau lebih agresif, peragut mungkin menendang atau menolak mangsa jatuh sebelum meragut beg itu. LIMA TIPS 1 ELAK RISIKO Elak daripada menggalas beg tangan sekiranya tiada keperluan. Tahu risiko beg tali panjang dan beg tali pendek. 2 PECAH RISIKO Jangan simpan semua dalam satu beg. Asingkan dokumen penting kepada beberapa bahagian lain. Gunakan poket pada baju atau seluar. Sekiranya diragut, anda tidak kehilangan semua barang berharga sekali gus. 3 PINDAH RISIKO Jangan menonjol diri dengan pemakaian barang kemas atau penggunaan beg berjenama. Dengan kata lain, anda perlu mengelak daripada dilihat seperti seorang mangsa. Ia boleh mengalihkan perhatian peragut terhadap mangsa yang lain. 4 ANGGARKAN RISIKO Sentiasa berwaspada terhadap keadaan kawasan sekeliling. Jangan hilang fokus sehingga menghidangkan peluang untuk peragut bertindak. Insurans diri anda. Terdapat sebuah syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan khas untuk wanita sekiranya menjadi mangsa jenayah. Premium ditawarkan adalah serendah Rm10 setahun. Sumber: Utusan Malaysia, 7 Mei 2009PILIHAN BEG ELAK RAGUT
Posted by Bangi Idaman at 9:11:00 PM 0 comments
Labels: panduan
Sunday, July 26, 2009
Parking Lot
Seperti mana maklum, kita disediakan satu parking lot untuk setiap unit kediaman. Jadi bagi yg mempunyai lebih dari satu kereta (terutama yg menyewa beramai-ramai) tentunya menghadapi masalah parking. Tetapi inilah realitinya kalau memilih kediaman berbentuk apartment ini. Sekarang Blok D masih banyak unit yg belum berpenghuni, mungkin belum terasa sesak di tempat parking. Tetapi kalau boleh kita janganlah parking di lot2 unit lain dan juga di laluan masuk ke dalam blok. Terutamanya di hari hujung minggu kerana ada jiran-jiran baru akan berpindah masuk dan juga kadang-kala ada penghantaran perabot. Jadi tepuk dada tanya selera.
Posted by Bangi Idaman at 6:49:00 PM 0 comments
Labels: KONGSI
Saturday, July 25, 2009
H1N1 / Influenza A / Selsema Babi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Bersama ini saya sertakan link untuk info berkenaan H1N1.
http://h1n1.moh.gov.my/index.php
Prevention is better than cure
Posted by Bangi Idaman at 7:19:00 PM 0 comments
Friday, July 24, 2009
BILA HUJAN
Minggu ini tak silap 2-3 hari hujan sebelum Subuh...lebat pulak tu. Saya berharap rakan-rakan di Bangi Idaman pastikan tingkap rumah ditutup dengan rapat....nak elak tempias. nampaknya pintu2 bilik kalau tak diletak stopper (penyendal) maka berdentam-dentum la gamaknya.
Saya masih mencari peluang dan ruang untuk kita bersua...diri sendiri masih belum berjaya utk menyertai apa2 aktiviti. Terlepas juga mesyuarat JK Surau tak silap sebulan lepas.Wahhhh...sungguh saya gagal menjadi jiran.
Saya masih tertunggu-tunggu jiran baru di aras 9. Di atas ini, hanya unit2 hujung sudah berpenghuni. Saya dah berkesempatan bertegur dengan Linda dan seorg lagi (maaf...tak bertanya nama pun tapi tahu puan study di Fakulti Kejuruteraan UPM). Sekali-sekali bertembung dalam lif ketika berkejaran ke pejabat, sempat senyum saja.
Kepada yg sudi...hantar saja posting anda ke alamat emel bangi.idaman@gmail.com Saya akan update at least 2 hari sekali.Topiknya?Terpulanglah...kita kan sudah bijak menilai.
Sekian.
p/s : Salam kepada penghuni D-5-8. Abang anda tinggalkan komen dalam blog ini.
Posted by Bangi Idaman at 12:33:00 PM 0 comments
Labels: rumah kita
Monday, May 18, 2009
Berjaya atau Tidak?
Saya belum master dlm blog. Jadi kepada sesiapa yg lebih pakar diharap dpt memeriahkan ruangan ini.
Bukan berniat utk jd webmaster tp hanya membuka langkah pertama.
Sekian.
Posted by Bangi Idaman at 11:03:00 AM 1 comments
Labels: rumah kita
Saturday, May 16, 2009
1 Permulaan yang Baru
Assalamualaikum
Salam perkenalan. Saya mencuba untuk melakukan ini atas dasar minat berblog. Kita boleh jadikan ruang ini untuk berkomunikasi cara baru dan mungkin lebih berkesan..InsyaAllah.
Sumbangan tuan puan dialu-alukan.
Posted by Bangi Idaman at 9:17:00 PM 1 comments
Labels: salam kenal