BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 28, 2010

Ribut melanda



Dalam seminggu kebelakangan ni asyik hujan je kan? Siap dengan angin ribut plak tu. So kepada semua pastikan tutup tingkap sebelum keluar rumah. Nanti banjir pula rumah kita.

Ingin juga diingatkan kepada pemilik2 motosikal, pastikan motosikal anda ade extra lock ye. Dan kalau boleh parking lah di tempat yg agak terbuka sedikit.

Parking juga semakin penuh. Pastikan anda parking di lot masing-masing yer.

Sepakat membawa berkat.

Tuesday, May 4, 2010

Berhabuk Bersawang

Wahhh lamanya tak update. Gagallah agaknya sbg pembina laman ni. Hampir sebulan asyik balik malam je. Baru ni pulak ke Trengganu. Bergandalah alasan.


Di sini saya nk promote sket pasal majalah Impiana Apartment. Bagi yg dh biasa dgn majalah Impiana mesti tau pasal majalah ni. Fokus kpd kediaman bertingkat - rumah pangsa, apartment, kondominium. Tak kiralah keluasannya sekadar 800 kaki persegi atau 1000++ kaki persegi. Ada macam2 tips di dalamnya beserta gambar2 yg menarik. Harganya RM10 diterbitkan 3 bulan sekali.
Ini keluaran lepas. Layari http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewCat.asp?catID=904 utk langganan dan maklumat2 lain. Tapi kalau nk beli terus, tgk2lah di kedai2 majalah sekitar Terminal Bas Kajang atau kedai2 majalah berhampiran.

Wednesday, March 3, 2010

PROGRAM SEMPENA MAULIDUR RASUL @ 7TH MARCH 2010

Tarikh : 7 Mac 2010
Lokasi : Surau Nur Idaman

Tentatif :

Slot pertama bermula 8.00 pagi - 1.00 tengahari ( perarakan, program utk kanak-kanak)

Slot kedua bermula dengan solat Maghrib (solat berjemaah, ceramah dan penyampaian hadiah)

Sunday, January 31, 2010

KERBAU O KERBAU




Macam tak caya kan pemandangan ni saya snap dari atas. Actually ni pemandangan biasa setiap petang. Ini tak banyak...kadang-kadang 2 kali ganda dari ni. Lembu ader...kerbau la paling banyak. Hahahaha..kerbau di tengah taman perumahan.


Ini pulak satu gambar yg saya snap dari rumah juga

Monday, January 25, 2010

PANDUAN WARNA CAT

Contoh skema warna cat dari Nippon. Layari website Nippon Paint di sini.




Sunday, January 24, 2010

SUDAH MULA PENUH

Tahun 2010 mula melihat Bangi Idaman semakin penuh dihuni. Jadi ini membawa kepada parking yang penuh. Sahabat semua, diharap kita akan lebih prihatin. Semoga sepakat membawa berkat.

Tuesday, January 5, 2010

DARJAH SATU

Selamat ke sekolah kepada semua anak-anak dan adik-adik. Bertuah kita menghuni di satu kawasan bandar ilmu. Banyak sekolah di sini, sekolah rendah, menengah dan sekolah agama. Malah ada juga sekolah yang berasrama.


Bagi ibu bapa yg menghantar anak ke darjah satu...TAHNIAH kepada diri anda. Diaharap anak-anak tak menangis.

Saya memulakan sekolah tahun 1 di SRK Jalan 6, Bandar Baru Bangi. Tahun 1987 kelas 1 Cempaka. Antara guru yang saya masih ingat ialah Cikgu Norizan iaitu guru kelas. Anda di mana? Mungkin sama sekelas dengan saya?

MAAF BLOG SUDAH BERSAWANG

10 CARA MENCEGAH KEBAKARAN



Keselamatan Di dapur Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dlama keadaan yang letih atau mengantuk

Ruang alat pemanas Letakakan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau satu meter daripada sebarang sebarang benda yang mudah terbakar.

Perkakas Merokok Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.

Mancis dan Pemetik Api Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak

Eelektrik Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan letirk yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas

Lilin Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin LENGKAPKAN RUMAH ANDA DENGAN ALAT PENGESAN ASAP

Alat Pengesan Asap Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan asap.Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan keluarga dan amatlah baik disyorkan agar disetiap bilik dipasang alat tersebut

Sentiasa Membuat Pemeriksaan Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila alat pengesan ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar dengan segera. Tukarkan alat tersebut setiap 10 tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih. TAHUKAN ANDA CARA MENYELAMAT DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN ?

Perancangan untuk melepaskan diri Pastikan setiap rumah mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.

Merangkak di dalam asap Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda 30-60 cm ( kurang daripada2 kaki ) dari aras lantai.