BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 5, 2010

MAAF BLOG SUDAH BERSAWANG

10 CARA MENCEGAH KEBAKARAN



Keselamatan Di dapur Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dlama keadaan yang letih atau mengantuk

Ruang alat pemanas Letakakan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau satu meter daripada sebarang sebarang benda yang mudah terbakar.

Perkakas Merokok Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.

Mancis dan Pemetik Api Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak

Eelektrik Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan letirk yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas

Lilin Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin LENGKAPKAN RUMAH ANDA DENGAN ALAT PENGESAN ASAP

Alat Pengesan Asap Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan asap.Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan keluarga dan amatlah baik disyorkan agar disetiap bilik dipasang alat tersebut

Sentiasa Membuat Pemeriksaan Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila alat pengesan ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar dengan segera. Tukarkan alat tersebut setiap 10 tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih. TAHUKAN ANDA CARA MENYELAMAT DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN ?

Perancangan untuk melepaskan diri Pastikan setiap rumah mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.

Merangkak di dalam asap Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba merangkak ke lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda 30-60 cm ( kurang daripada2 kaki ) dari aras lantai.

0 comments: